Assalamualaikum,,,
Sebagai
mukadimah ,saya merupakan pelajar daripada universiti utara Malaysia dimana
saya menceburi bidang keusahawanan. Well, saya bukan la usahawan. Bukan
sekarang, mungkin akan datang. In shaa Allah.
Nama : Nur Marlini Bt Mustaffa
Panggilan : Malini
Umur : 22tahun
Kos : B. Entrepreneurship.Hons
No Matrik : 223346
Kursus : Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan BPME2013
Usahawan pertama yang saya pilih untuk diusulkan di dalam tugasan LETS BLOG ini ialah Irfan Khairi Beliau merupakan seorang jutawan internet muda yang berjaya. Sebab utama kenapa saya memilih beliau adalah kerana diri saya sendiri mempunyai minat terhadap perniagaan internet. Terkini,Irfan merupakan penulis buku yang terlaris di pasaran iaitu "Rahsia Jutawan Internet Terbongkar" dan "Secret of Internet Millionaires Revealed."
Seterusnya, usahawan yang akan saya kaji iaitu Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Sebelum Datuk Wan Mohammad Sani Salleh atau lebih mesra dengan panggilan Sani melibatkan diri di dalam dunia perniagaan, beliau telah menceburi dalam bidang hiburan selama beberapa tahun. Namun, Sani mengakui bahawa beliau tidak nampak masa depannya dalam bidang itu. Beliau menjadikan rakan zaman kanak-kanaknya iaitu Datuk Sharifuddin sebagai inspirasi selepas melihat rakannya itu berjaya dalam dunia perniagaan. Saya memilih beliau kerana atas faktor beliau mempunyai usaha yang tinggi untuk memajukan diri sendiri.
Tambahan lagi, saya juga akan memasukkan entri berkenaan dengan kata-kata mutiara atau kata-kata semangat daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya serta saya akan sertakan dengan tips-tips yang boleh diamalkan dan motivasi diri agar diri kita sentiasa berfikiran positif dalam menjalani sesuatu perniagaan atau apa-apa pun masalah di dalam dunia ini. Di samping itu, saya akan memuatkan gambar-gambar yang menarik yang mampu memberi semangat dan minat dalam diri kita tentang keusahawanan.

.jpg)
No comments:
Post a Comment